INFO ICT

ICT DALAM PENDIDIKAN

ICT (Information Communication Technology) adalah sistem yang membolehkan pengumpulan, pengurusan, manipulasi, perolehan, dan komunikasi maklumat dalam pelbagai bentuk. ICT dalam pendidikan bermaksud penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiranpendidikan, pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta pendidikan sepanjang hayat. Pengurusan ICT dalam P&P membolehkan aktiviti P&P dijalankan tanpa kekangan tempat dan masa, meningkatkan penggunaan sumber pendidikan, perupaya meningkatkan kualiti pendidikan di samping mempercepatkan proses pendidikan berasaskan kadar kebolehan pelajar.



KPM telah menggariskan tiga dasar utama ICT dalam pendidikan:

1.   Dasar pertama adalah literasi ICT untuk semua pelajar, bermaksud pelajar memperoleh kemahiran menggunakan kemudahan ICT

2.   Dasar kedua mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai kurikulum dan alat P&P. ICT sebagai kurikulum bermaksud pelajar mempelajari ICT sebagai mata pelajaran seperti mata pelajaran Teknologi Maklumat bagi peringkat SPM dan mata pelajaran Pengkomputeran bagi peringkat STPM. ICT dalam P&P seperti penggunaan perisian kursus, internet, dan aplikasi generik yang lain (contohnya, perisian CAD dalam mata pelajaran reka cipta dan lukisan kejuruteraan)

3.   Dasar ketiga menekankan penggunaan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan, dan keberkesanan sistem pengurusan. Ini terhasil daripada pengautomasian pejabat dan pelaksanaan sistem aplikasi pengurusan yang membawa kepada penambahbaikan proses kerja.



Pembangunan ICT dalam pendidikan bagi 10 tahun akan datang bermatlamat untuk:
  1. Meningkatkan pembangunan infrastruktur ICT;
  2. Memperluas akses dan ekuiti kepada kemudahan ICT;
  3. Memperluas kurikulum;
  4. berasaskan ICT;
  5. Menekankan pengintegrasikan ICT dalam P&P;
  6. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan pelajar, tenaga pengajar, dan personel KPM;
  7. Meningkatkan penggunaan ICT dalam pengurusan pendidikan;
  8. Meningkatkan usaha pengurusan dan penyenggaraan perkakasan ICT;
  9. Meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam ICT; dan
  10. Meningkatkan kerjasama antara institusi pendidikan dengan masyarakat dalam membentuk memperkembangan ICT dalam pendidikan.

No comments:

Post a Comment