PENGENALAN

MAKMAL KOMPUTER
 SK JELI (2)

        Makmal komputer Sekolah Kebangsaan Jeli (2) mula beroperasi pada tahun 2002. Makmal komputer ini mempunyai 21 unit komputer  termasuk 1 unit komputer guru, 1 unit server serta beberapa peralatan ICT dan perabot. .


OBJEKTIF

1.     Melengkapkan infrastruktur ICT makmal komputer dengan perisian yang lengkap

2.     Melahirkan guru yang celik ICT dan mampu mengaplikasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran secara optimum

3.     Melahirkan staf sokongan yang celik ICT dan mempu mengaplikasikan ICT dalam sekolah secara optimum

4.     Melahirkan pelajar yang celik ICT dan mampu bersaing dalam era global.


PIAGAM PELANGGAN

Kami bersedia dan akan:

  • Melaksanakan dasar dan wawasan pelajaran melalui kepimpinan dan pengurusan yang dinamik, moden, dan agresif.
  • Menentukan prasarana makmal komputer yang mencukupi, lebih kondusif untuk menjamin peningkatan pencapaian murid-murid.
  • Memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam usaha menuntut ilmu pengetahuan untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment